Moringa Oleifera

Apa itu Moringa Oleifera

Ujian ORAC
Brunswick Laboratories melakukan kajian bebas ( in-vitro) menggunakan Ujian ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity- Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen) ke atas sumber-sumber berikut:

Moringa 157,000 umole TE / 100g (hydrophilic and lipophilic)

The matcha 134,000

Kunyit 127,000

Acai 102,700

Teh Hijau 1, 240

Nilai nilai ORAC adalah pengukuran antioksidan yang diterima dalam makanan dan makanan tambahan. Antioksidan adalah sebatian yang secara aktif menghilangkan radikal bebas yang membantu mencegah kerusakan sel kanser, penuaan dan pelbagai penyakit. Tahniah wahai pengguna moringa kerana Moringa mempunyai nilai ORAC tertinggi.

Daun Moringa oleifera telah dianggap sebagai ahli terbaru kumpulan superfood semulajadi kerana kandungan nutrisi yang tinggi, gabungan semua nutrien penting dari vitamin, protein kepada antioksidan yang menangani radikal bebas dalam badan kita. Pada asalnya pokok Moringa berasal dari kaki bukit Himalaya, tumbuhan serba boleh ini telah ditanam di iklim tropika dan sub tropika di mana ia berfungsi sebagai sumber penting nutrien.

Hari ini, pokok-pokok Moringa Oleifera ditanam di Thailand, Filipina, Taiwan, Afrika, Caribbean, Oceania dan yang terbaru, Hawaii. Namun, walaupun terdapat manfaat yang jelas terhadap kita semua, daun pokok yang indah ini, popularitinya masih rendah berbanding superfood popular yang lain.

Mengapa pilih moringa?

Berkenan kat pokok Moringa Oliefera (MO) @ munga @ gemunga @ remunga @ kelor ni dah lama, mula menanamnya pada tahun 1989 sebaik sahaja memiliki rumah sendiri. Banyak alasan mengapa saya serasi benar dengan MO ni, antaranya:

1. Mudah tumbuh di persekirana panas dan lembab.

Tanam je lah sebab tak membazir masa dan tenaga. Asal letak hidup. Baja, siram tak payah. (itu dulu, tapi kini bila nak buat produk, tanam 300 hidupnya 7-belum cukup ilmu pertanian).

2. Sumber nutrisi yang murah

Oleh kerana senang tumbuh, merimbun, ia menjadi sumber nutrisi lengkap percuma. Jimat belanja dapur dan sihat. Dr Gary Bracey, seorang penulis, pengusaha, motivator, dan ahli kesehata di Afrika, menulis dalam moringadirect.com, bahwa serbuk daun moringa mengandungi :

Utility & Beauty
Utility- Pokok Mo sangat mesra pengguna;

  1. Mudah di urus (boleh di tanam di dalam polybag @ atas tanah dari keratan batang @ biji benih) ,
  2. batang dan dahannya yang lembut mudah dipatahkan bila hendak di tuai,
  3. dahannya yang bersendi dan tersusun serta mudah untuk dilurutkan semasa disiang,
  4. tidak ada makhluk perosak yang berminat dengan daunnya (sungguh menakjubkan, hampir tidak pernah berjumpa ulat daun yang sudi singgah),
  5. boleh dimasak pelbagai resepi (masak lemak putih, masak lemak cili api, masak tumis air, kerabu, dijeruk –menyerupai jeruk maman, ulam laksa, nasi ulam, omelette, masak jemput-jemput bawang moringa, moringa celok tepung, roti goreng moringa, pisang goreng dan ICT moringa, diletak di dalam nasi dan mee goreng dan paling best kueh lompat tikam, kek. Kerepek etc) ,
  6. sumber nutrisi lengkap bermula dari makanan pepejal pertama (di usia 6 bulan), sehingga makanan pepejal terakhir (sebelum mati),
  7. bahan bantu mengajar yang baik untuk mengajar pelbagai bidang dan tunjang pembelajaran, motor halus-mencubit dan mengetus daun dari ranting, -coodinasi mata tangan dengan membuat kolaj huruf atau objek, mengenal warna- hijau gelap dan terang, kuning, mengira, capan, tenggelam timbul, besar kecil, larut tak larut dsb,
  8. mengandungi 40 antioksidan, 539 bahan yang dikenal dalam perubatan tradisional Afrika dan India (Ayurvedic) serta telah digunakan dalam pengobatan tradisional untuk mencegah lebih dari 300 penyakit.

Beauty- pokoknya rimbun, daunnya halus dan nipis cepat reput tidak mengotorkan laman. Melihatnya menyejukkan mata dan cukup mendamaikan . terlihat jelas kebijaksanaan dan keagungan Sang Pencipta.

Sebagai ahli akademik, saya hanya terdorong membaca dan meneliti dengan lebih mendalam mengenai MO sekitar tahun 1998 apabila sahabat baik saya Siti Hazlifah Hilaludin (Dr) memaklumkan kepada saya mengenai komen seorang doktor (multidisciplinary) mengenai sejenis pokok yang diabaikan di negara ini, iaitu pokok MO.

Dalam pembacaan saya temui kisah MO yang mencipta gelombang perang melawan malnutrisi di banyak negara seperti Amerika Latin dan di beberapa bagian Afrika khususnya Senegal, Togo, Benin, Uganda, Tanzania dan Kenya.

Kisah kehebatan MO sebagai tanaman penyembuh ajaib telah diceritakan secara turun-temurun sejak 2.000 SM, serta dalam tulisan-tulisan India kuno yang berasal sekitar 150 SM. Sejak tahun 1970-an, MO mendapatkan perhatian serius para ilmuwan dengan mulai melakukan kajian yang signifikan bagi menyokong kebenaran dakwaan atas kemampuannya sebagai tanaman penyembuh 300 penyakit.

Selama bertahun-tahun kehebatan MO dirahasiakan oleh para tabib kuno, namun kini rahasia itu sedang dibongkarkan oleh kajian modern untuk gerakan kemanusian mengatasi masalah malnutrisi dunia.

Kaji Selidik UNICEF: Kanak-Kanak Pinggiran: kaji selidik mengenai kemiskinan dan penafian hak kanak-kanak bandar di rumah pangsa di Kuala Lumpur (2018) ke atas 966 isi rumah dan 2,142 orang kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya laporan merumuskan mereka dipinggirkan daripada kemudahan asas iaitu pendidikan, zat makanan, hak asasi sivil dan yang paling penting adalah kekurangan peluang.

Peratusan kanak-kanak yang terbantut di bawah usia 5 tahun di dalam laporan ini adalah lebih teruk daripada negara Ghana walaupun KDNK per kapita Malaysia adalah 6 kali ganda lebih tinggi. Dalam isu yang sama, laporan UNISEF yang lain pula menyatakan, 26% kanak-kanak bawah lima tahun mengalami tumbesaran terbantut di Terengganu, iaitu kedua tertinggi selepas Kelantan. Dikatakan masalah kanak-kanak terbantut di Kelantan lebih teruk dari Zimbabwe. Kami dari MR Moringa Sdn Bhd. sangat prihatin dengan isu ini dan berhasrat menjadikan moringa sebagai solusinya seperti dilakukan oleh banyak Negara lain di dunia. Keberkesanan MO dalam memerangi masalah malnutrisi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat negara-negara dunia ketiga, banyak diterbitkan dalam laporan-laporan ilmiah, jurnal, jurnal-jurnal resmi organisai keilmuan dan seminar-seminar internasional. Masyarakat awam pun mulai menggunakan MO sebagai sumber nutrisi keluarga yang murah dan mudah didapat. Bahkan, kaum ibu di Filipina menyebutnya sebagai “Sahabat para Ibu” yang sering digunakan sebagai sayuran dan untuk memberi makan anak-anak mereka.

Dalam suasana dunia bergelut dengan dengan masalah kekurangan makanan
yang berkualiti, sebuah harapan terletak pada anugerah Allah ini untuk meningkatkan kesihatan dan kemanusiaan. Kisah MO harus disebar luaskan karena masih ramai orang yang belum mengetahui anugerah yang luar biasa dari alam ini.

Membeli produk keluaran syarikat kami atau menanam sendiri tidak menjadi isu di sini. Penemuan kajian setakat ini, MO terkenal sebagai salah satu tanaman yang paling kaya nutrisi dengan kombinasi yang pelbagai dan di luar kebiasaan. MO dilaporkan mengandung 539 unsur yang dikenali dalam pengubatan tradisional Afrika dan India (Ayurveda) iaitu mengandungi lebih dari 40 antioksidan dan 90 jenis nutrisi berupa vitamin essensial, mineral, asid amino, antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi. Kandungan yang banyak manfaat kesihatan ini menjadikan MO berbeza dari tanaman lain yang hanya memiliki satu atau dua manfaat saja. Tidak hairan bila tanaman ini disebut sebagai “Bioenergi kesihatan”, “Super Gizi”, “The Miracle Tree” dan “Tree of Life”.

Tanaman yang digunakan oleh sebagian masyarakat tradisi kita untuk mengusir mahluk halus, kini bersama-sama kita gunakan untuk mengusir malnutrisi dan pelbagai penyakit yang menghantui masyrakat kita. Memerangi malnutrisi dan pelbagai penyakit merupakan jihad kita bersama. Akhir kata, setinggi penghargaan kepada Cikgu Halim Ismail (Naib Presiden WADAH) dan isteri Cikgu Esah Hasan kerana asbab pencarian mereka ke atas kapsul moringa mengheret saya keluar dari dunia ilmuan ke dunia keusahawanan yang penuh dengan tribulasi. Terima kasih juga kepada Pn. Hjh Fatimah dan Dr Norsalimah kerana menjadi pengguna paling setia. Walau pun 1000 alasan untuk saya berhenti mengusahakan perusahaan ini, wajah-wajah kalian akan menjadikan saya kekal bersemangat.

“Hidup sihat untuk ibadat”

Khasiat Utama Pokok Moringa

Kaya Dengan Antioksidan, Vitamin & Mineral

Vitamin B

Vitamin B1

Vitamin B2

Vitamin B3

Vitamin B6

Vitamin E

Zat Besi

Serat

Kalsium

Protein

Vitamin A

Selenium

Kromium

Potasium

Fosforus

Mangan

Vitamin C

Magnesium

Zat Zinc

Zat Tembaga

Sulfur

Klorida

Asid Folik